Homelab adalah singkatan kepada perkataan “Home Labolatory” yang secara literal membawa maksud makmal peribadi di rumah. Ia sebenarnya lebih merujuk kepada persekitaran pengkomputeran dan rangkaian yang disediakan oleh individu dalam skala yang kecil di rumah sendiri.
Ia bertujuan menyediakan satu platform atau persekitaran yang praktikal untuk peminat, penggemar, professional IT, pelajar atau sesiapa sahaja yang berkecimpung dalam bidang IT untuk mencuba, menguji, belajar, mendapatkan pengalaman dengan pelbagai teknologi, perkakasan dan perisian dalam persekitaran yang terkawal dan selamat.
Antara komponen dalam Homelab adalah seperti server, storan, perkakasan rangkaian dan perkakasan tambahan lain yang diperlukan seperti UPS, cable, sensor, dan sebagainya.
Seperti yang kita ketahui, persekitaran production adalah sangat kritikal dan tidak boleh dibuat sebarang perubahan sewenang-wenangnya. Sebarang perubahan yang tidak mengikut SOP yang telah ditetapkan mungkin akan menyebabkan gangguan pada sistem seperti sistem tidak boleh di akses, prestasi sistem terganggu dan juga kebocoran data yang melibatkan masalah keselamatan.
Oleh itu, dengan menyediakan Homelab, anda boleh cuba memasang pelbagai sistem pengoperasian, belajar tentang platform virtualization, containerization, mencuba perisian ataupun aplikasi untuk menjalankan simulasi seperti sebenar ataupun untuk belajar kemahiran yang baru tanpa kekangan persekitaran production yang kritikal.
Homelab boleh digunakan untuk pelbagai tujuan, termasuk:
Pembangunan Kemahiran:
Homelab menawarkan pengalaman pembelajaran secara langsung, membolehkan anda meningkatkan kemahiran dalam bidang seperti pentadbiran sistem, rangkaian, keselamatan siber dan teknologi awan.
Keep reading with a 7-day free trial
Subscribe to Nota Infra by Inframesia to keep reading this post and get 7 days of free access to the full post archives.