EP35: 32 Perisian Popular untuk DevOps
Ketahui 32 perisian yang popular dan biasa digunakan dalam DevOps .
DevOps bukan sekadar konsep atau budaya kerja tetapi ia merupakan satu pendekatan moden yang menggabungkan pasukan pembangunan (Dev) dan operasi (Ops) untuk bekerjasama dengan lebih baik.
Secara asasnya, DevOps bertujuan untuk mempercepatkan proses pembangunan perisian, dari perancangan, tulis kod sehingga ke production, dan dalam masa yang sama memastikan kualiti, kestabilan dan kebolehpercayaan sistem terjaga.
Untuk menjayakan DevOps, beberapa set perisian diperlukan bagi membantu automasi tugasan yang berulang, mudahkan kolaborasi dalam pasukan, dan juga mengurus sistem secara menyeluruh.
Berikut adalah kategori-kategori utama bersama contoh perisian popular yang biasa digunakan dalam dunia DevOps :
1) Project Management & Collaboration : Untuk pastikan semua yang terlibat dalam sesuatu projek dapat berkolaborasi dengan baik melalui penjejak tugasan dan juga dokumentasi.
Jira
Confluence
Slack
Notion
2) Version Control & Code Management : Untuk menyimpan, menjejak dan mengurus kod.
GitHub
GitLab
BitBucket
Gitea
3) CI/CD & GitOps : Untuk automasi integrasi kod dan penghantaran aplikasi ke production secara konsisten dan lancar.
Jenkins
GitHub Actions
CircleCI
Argo CD
4) Artifact & Package Management : Untuk urus binaan (builds), library & juga dependencies.
Nexus Repository
JFrog Artifactory
Harbor
Quay
5) Testing & Code Quality: Untuk pastikan kod bebas dari bug, ikut standard yang ditetapkan, dan berfungsi seperti yang sepatutnya.
Selenium
JUnit
Cucumber
SonarQube
6) Monitoring & Observability: Untuk pantau prestasi dan kesihatan sistem 24/7, serta kesan masalah lebih awal sebelum gangguan berlaku kepada pengguna.
Prometheus
Grafana
ELK Stack
DataDog
7) Infrastructure as Code & Config Management: Untuk setup dan urus infrastruktur secara automatik menggunakan kod kerana ia lebih mudah, konsisten dan kurang risiko kesilapan manusia.
Terraform
Ansible
Puppet
CHEF
8) Containerization & Orchestration: Untuk bina, jalankan dan urus persekitaran aplikasi dalam bentuk container dengan lebih fleksibel, konsisten dan mudah untuk diskalakan.
Docker
Podman
Kubernetes
Nomad
BELAJAR MENGENAI INFRASTRUKTUR IT SECARA ONLINE
Jom belajar mengenai Infrastruktur IT secara online dan fleksible mengikut masa anda! Layari https://upskill.inframesia.com untuk dapatkan kursus-kursus digital dan ‘upgrade’ kemahiran anda mulai sekarang.
SERTAI KOMUNITI INFRAMESIA
Sertai Komuniti Inframesia untuk berbual, bertanyakan soalan, berkongsi ilmu, pandangan dan mendapatkan bantuan berkenaan IT daripada penggiat IT Malaysia.
Facebook : https://www.facebook.com/groups/komunitiinfrastrukturit
Discord : https://discord.gg/7A2ktCEm
SUBSCRIBE NEWSLETTER INFRAMESIA
Belajar infrastruktur IT dengan penerangan dan infografik yang mudah difahami. Subscribe blog ini untuk membolehkan anda menerima artikel-artikel terkini terus ke email anda dan upgrade untuk dapatkan akses kepada artikel premium.