EP37: Strategi Migrasi ke Awan
Belajar apa itu cloud migration atau migrasi ke awan dan jenis-jenisnya.
Migrasi ke awan (cloud migration) merujuk kepada proses memindahkan sistem, aplikasi, data, dan perkhidmatan IT dari pusat data fizikal (on-premise) ke perkhidmatan awan seperti AWS, Google Cloud, atau Microsoft Azure. Ia boleh melibatkan pelbagai cara bergantung kepada keperluan perniagaan, tahap kesediaan teknologi, dan juga matlamat organisasi.




