EP38: 10 Projek Mudah Untuk Homelab
Banyak perkara boleh belajar dengan Homelab, dia ia sangat membantu tambah ilmu.
Antara soalan yang selalu ditanya berkenaan homelab adalah "Apa projek best boleh dibuat dengan homelab?”
Mari saya kongsi 10 cadangan projek yang boleh dibuat dengan homelab untuk tambah kemahiran dalam IT.
1. Setup Proxmox sebagai Hypervisor
Cari mana-mana PC lama atau refurbish, install proxmox. Macam-macam VM anda boleh run dan banyak perkara anda boleh belajar secara percuma.
2. Host cloud storage sendiri menggunakan Nextcloud
Macam Google Drive versi kita sendiri. Boleh sync fail, nota, kalendar. Yang bestnya adalah semua data tersebut milik kita.
3. Setup Pi-hole untuk sekat iklan dalam satu rangkaian
Sekali setup, semua device dalam network kita akan dilindungi dari iklan. Aplikasi yang ringan, tapi sangat function. Akses laman web jadi lebih laju tanpa iklan.
4. Host GitLab server sendiri
Kalau anda belajar Git atau DevOps, ini projek wajib. Saya gunakan GitLab untuk simpan repo sendiri + test CI/CD secara local.
5. Monitor infra menggunakan Grafana + Prometheus
Anda boleh tengok CPU, RAM, usage semua perkakasan homelab anda dalam satu dashboard yang cantik. Ibarat anda ada Network Operation Center sendiri.
6. Home automation menggunakan Home Assistant
Sambung dengan sensor, suis smart plug, lampu untuk setup home automation. Contohnya bila masuk waktu Maghrib, lampu rumah terpasang secara automatik.
7. Setup DNS dan DHCP server sendiri
Anda boleh guna dnsmasq atau bind9 untuk urus IP DHCP dan nama domain sendiri. Projek ni nampak simple, tapi banyak yang boleh dipelajari berkaitan dengan DNS & DHCP.
8. Bina NAS sendiri menggunakan TrueNAS
Simpan fail, buat share folder dan juga auto-backup laptop ke server di rumah. Sangat best sebab kita fully owned data yang kita backup dan selamat.
9. Guna Ansible untuk automate configuration
Tulis playbook untuk configuration → run → semua server siap configure. Ini antara benda yang paling menarik bila anda mula explore dan guna dalam homelab.
10. Host web app menggunakan Docker
Nak deploy projek open source dengan mudah? Pakai Docker. Sekejap sahaja dah boleh dapat web page untuk akses.
Kalau anda baru nak mula, pilih satu je dulu. Tak perlu setup semua terus. Kemudian upgrade dari semasa ke semasa.
---
Jom belajar macam mana nak mula setup homelab dalam kelas Homelab 101!
- Tarikh: 20 Jun 2025 - Jumaat
- Masa: 9.00 PM – 11.30 PM
- Platform: Online – Microsoft Teams
- Rakaman & sijil penyertaan disediakan!
Daftar sekarang sebelum penuh!
🌐 https://kelasinfra.com/homelab101
BELAJAR MENGENAI INFRASTRUKTUR IT SECARA ONLINE
Jom belajar mengenai Infrastruktur IT secara online dan fleksible mengikut masa anda! Dapatkan rakaman kursus-kursus dan ‘upgrade’ kemahiran anda sekarang di : https://www.infratify.com
SERTAI KOMUNITI INFRASTRUKTUR IT MALAYSIA
Sertai Komuniti Infrastruktur It Malaysia untuk berbincang, bertanyakan soalan, berkongsi ilmu, pandangan dan mendapatkan bantuan berkenaan IT daripada penggiat IT Malaysia.
Telegram : https://t.me/inframesia
Facebook : https://www.facebook.com/groups/komunitiinfrastrukturit
Discord : https://discord.gg/7A2ktCEm
DAPATKAN SERVIS BERKAITAN INFRASTRUKTUR IT
Kami menawarkan servis profesional merangkumi server, network, cloud, backup & monitoring dan migration.
Sama ada anda syarikat kecil atau besar, kami sedia bantu anda untuk menyelesaikan masalah berkaitan infrastruktur IT. Ada fokus pada pengurusan organisasi dan perniagaan, kami bantu uruskan infrastruktur IT anda.
SUBSCRIBE NEWSLETTER NOTA INFRA
Belajar infrastruktur IT dengan penerangan dan infografik yang mudah difahami. Subscribe blog ini untuk membolehkan anda menerima artikel-artikel terkini terus ke email anda dan upgrade untuk dapatkan akses kepada artikel premium.