EP41: 10 Perkara Asas Dalam Monitoring
Belajar tentang perkara-perkara asas yang perlu diketahui sebelum memulakan monitoring.
Monitoring bukan sekadar melihat sistem up atau down. Ia adalah proses penting untuk memastikan kestabilan, prestasi, dan keselamatan sistem IT termasuk server, perkakasan rangkaian, aplikasi, API dan user endpoint.
Dalam artikel kali ini, kita akan lihat 10 perkara asas yang perlu difahami sebelum membina sistem pemantauan yang efektif menggunakan Network Monitoring System seperti Zabbix, Prometheus, Grafana, dan lain-lain.
1. 🎯 Kenal Pasti Apa yang Perlu Dipantau
Langkah pertama ialah faham apa yang perlu dimonitor. Antara contoh sumber kritikal:
Server fizikal atau virtual (Linux, Windows)
Peralatan rangkaian seperti switch, router, dan firewall
Aplikasi dan servis (NGINX, MySQL, DNS, mail server)
Sistem cloud (contohnya AWS EC2, Azure VM)
Endpoint pengguna (PC, laptop)
API dan perkhidmatan pihak ketiga
2. 🧭 Fahami Jenis Pemantauan
Pemantauan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu:
Availability Monitoring – Pastikan sistem boleh dicapai (ping, TCP port check)
Performance Monitoring – Pantau beban sistem: CPU, RAM, disk, bandwidth
Application Monitoring – Periksa kesihatan servis seperti web & database
Log Monitoring – Analisa log untuk kesan error atau aktiviti luar biasa
Security Monitoring – Pantau login gagal, port scan, perubahan fail
Network Monitoring – Trafik, latency, dan kehilangan paket
3. ⚙️ Kaedah Pengambilan Data
Terdapat dua kaedah utama untuk dapatkan data dari hos yang dipantau:
Agent-based – Perlu pasang perisian agent (contoh: Zabbix Agent)
Agentless – Guna protokol seperti SNMP, SSH, atau API
Dan dua cara komunikasi:
Pull – Server tanya agent
Push – Agent hantar data ke server
4. 🚨 Tetapkan Threshold & Alerting
Pemantauan tanpa alert adalah seperti CCTV tanpa penggera.
Tetapkan ambang contoh: CPU > 90% selama 5 minit
Guna level alert: Info, Warning, Average, High, Disaster
Integrasi alert ke: email, Telegram, Slack, WhatsApp API, dll
5. 📊 Visualisasi Melalui Dashboard
Manusia lebih mudah faham maklumat melalui visual. Jadi, papar data melalui graf, meter, heatmap.
Anda boleh guna alat seperti Zabbix frontend, Grafana, atau Kibana
Anda juga boeh buat custom dashboard untuk NOC, pengurusan, atau pelanggan
6. 🗃️ Retensi & Sejarah Data
Tak semua data perlu disimpan selamanya, tapi jangan buang terlalu cepat kerana anda mungkin perlu rujuk semula untuk mencari punca masalah sistem. Data adalah penting untuk analisa corak masalah dan kapasiti masa depan.
History data: Data granular (per minit)
Trend data: Ringkasan jangka panjang (harian/bulanan)
7. 🔄 Active vs Passive Monitoring
Terdapat dua jenis komunikasi monitoring dan ia bergantung kepada keadaan rangkaian anda.
Passive Monitoring: Server tanya agent (sesuai dalam LAN)
Active Monitoring: Agent hantar data ke server (sesuai untuk remote/NAT)
8. 🔐 Keselamatan dalam Monitoring
Jangan abaikan security semasa konfigurasi pemantauan kerana ia boleh menjadi pintu kepada pencerobohan sistem anda.
Guna TLS encryption untuk komunikasi
Hadkan akses ke dashboard
Pantau & log aktiviti pengguna
9. 🧩 Gunakan Template & Auto Discovery
Untuk menjimatkan masa dan pastikan konsistensi konfgurasi pemantauan, gunakan template atau fungsi auto discovery:
Gunakan template item/triggers ikut jenis sistem (contoh: Linux server, MySQL)
Gunakan auto-discovery untuk kesan host atau servis baru
Ini penting bila anda kendalikan puluhan atau ratusan sistem yang ingin dipantau.
10. 🤝 Integrasi dengan Sistem Lain
Sistem monitoring boleh jadi lebih berkuasa apabila diintegrasi dengan sistem lain:
Sistem tiket (contoh: Freshdesk, GLPI, Jira)
Sistem backup – Alert bila backup gagal
Sistem login/log audit – Kesan login mencurigakan
Webhook untuk automasi (contohnya restart servis automatik)
Memahami asas-asas monitoring ini akan bantu anda membina sistem pemantauan yang bukan saja efektif, tapi juga scalable dan mudah diurus. Biasakan bertindak sebelum sistem down, bukan sebaliknya. Oleh itu, jadikan monitoring sebagai budaya kerja dalam operasi harian IT anda.
Jom belajar macam mana nak setup monitoring sistem dalam kelas Zabbix 101!
📅 Tarikh: 11 Julai 2025 - Jumaat
⏰ Masa: 9.00 PM – 11.30 PM
📍 Platform: Online – Microsoft Teams
🎓 Rakaman & sijil penyertaan disediakan!
Daftar sekarang sebelum penuh!
🌐 https://kelasinfra.com/zabbix101
BELAJAR INFRASTRUKTUR IT SECARA ONLINE
Jom belajar mengenai Infrastruktur IT secara online dan fleksible mengikut masa anda! Dapatkan rakaman kursus yang telah dijalankan dan ‘upgrade’ kemahiran anda di : https://www.infratify.com
SERTAI KOMUNITI INFRASTRUKTUR IT MALAYSIA
Sertai Komuniti Infrastruktur IT Malaysia untuk berbincang, bertanyakan soalan, berkongsi ilmu, pandangan dan mendapatkan bantuan berkenaan IT daripada penggiat IT Malaysia.
Telegram : https://t.me/inframesia
Facebook : https://www.facebook.com/groups/komunitiinfrastrukturit
Discord : https://discord.gg/7A2ktCEm
DAPATKAN SERVIS BERKAITAN INFRASTRUKTUR IT
Pening untuk uruskan Infrastruktur IT? Dapatkan khidmat profesional infrastruktur IT yang merangkumi server, network, cloud, backup & monitoring dan migration.
Sama ada anda syarikat kecil atau besar, kami sedia bantu anda untuk menyelesaikan masalah berkaitan infrastruktur IT. Ada fokus pada pengurusan organisasi dan perniagaan, kami bantu uruskan infrastruktur IT anda!
SUBSCRIBE NEWSLETTER NOTA INFRA
Belajar infrastruktur IT dengan penerangan dan infografik yang mudah difahami. Subscribe blog ini untuk membolehkan anda menerima artikel-artikel terkini terus ke email anda dan upgrade untuk dapatkan akses kepada artikel premium.