EP46: IPV4 CLASS & SUBNETTING
IPv4 ialah sistem alamat yang digunakan untuk mengenal pasti setiap peranti dalam rangkaian. Setiap IP mempunyai 32-bit dan biasanya dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu Network ID dan Host ID.
Dalam IPv4, terdapat beberapa kelas alamat seperti Class A, B, C, D dan E. Setiap kelas mempunyai julat IP, subnet mask dan jumlah host yang berbeza mengikut saiz rangkaian yang diperlukan.
Subnetting pula ialah teknik membahagikan satu rangkaian besar kepada beberapa rangkaian kecil (subnet). Teknik ini digunakan untuk menjadikan pengurusan IP lebih teratur, meningkatkan prestasi rangkaian dan menambah baik aspek keselamatan.
Kenapa subnetting penting?
Kurangkan broadcast dalam rangkaian
Mudahkan pengurusan IP address
Tingkatkan prestasi network
Asingkan rangkaian mengikut jabatan atau fungsi
Tingkatkan keselamatan menggunakan segmentasi network
Contoh mudah subnetting
Network 192.168.1.0/24 mempunyai 254 host usable.
Jika rangkaian tersebut perlu dibahagikan kepada 4 subnet:
Pinjam 2 bit daripada Host ID
Prefix berubah daripada /24 kepada /26
Akan menghasilkan 4 subnet
Setiap subnet mempunyai 62 host usable
Subnetting adalah asas penting dalam dunia networking yang digunakan dalam router, switch, firewall serta infrastruktur enterprise.



