EP48: ARAHAN NETWORKING DALAM LINUX
Dalam kerja IT infrastructure, Linux banyak digunakan sebagai server, firewall, router, monitoring server, database server, dan web server. Bila berlaku masalah network, kita biasanya tidak terus buka GUI. Kita akan mula semak melalui terminal.
Sebab itu arahan networking dalam Linux sangat penting. Ia membantu kita faham apa yang sedang berlaku pada server: IP address betul atau tidak, gateway wujud atau tidak, DNS boleh resolve atau tidak, port service sedang listen atau tidak, dan connection ke luar berfungsi atau tidak.
Artikel ini akan terangkan beberapa arahan asas networking dalam Linux yang sangat berguna untuk beginner.
Kenapa Arahan Networking Penting Dalam Linux?
Dalam environment sebenar, masalah network boleh datang daripada banyak tempat.
Contohnya:
Server tidak boleh access internet. Website tidak boleh dibuka. Application tidak boleh connect ke database. SSH tiba-tiba gagal. DNS tidak resolve. Service sudah running, tetapi port tidak boleh dicapai.
Kalau kita tidak tahu cara semak network, kita mungkin terus salahkan server, firewall, switch, router, atau ISP. Padahal kadang-kadang masalahnya hanya IP address salah, default gateway tiada, DNS tidak betul, atau service tidak listen pada port yang sepatutnya.
Arahan networking membantu kita troubleshoot dengan lebih tersusun.
1. Semak IP Address
Arahan paling asas untuk semak IP address ialah:
ip addr
Arahan ini menunjukkan senarai network interface pada Linux server. Contohnya interface seperti eth0, ens33, enp0s3, atau lo.
Daripada output ini, kita boleh semak:
IP address server
Subnet
Status interface
MAC address
Interface yang aktif atau tidak
Contohnya, kalau server sepatutnya berada dalam network 192.168.1.0/24, tetapi IP yang keluar ialah 169.254.x.x atau tiada IP langsung, itu petanda ada masalah pada DHCP atau network configuration.
Arahan ini sangat berguna selepas deploy server baru, tukar network setting, atau troubleshoot VM yang tidak boleh connect ke network.
2. Semak Status Interface
Untuk lihat status network interface, gunakan:
ip link
Arahan ini menunjukkan sama ada interface berada dalam keadaan UP atau DOWN.
Kalau interface DOWN, server mungkin tidak boleh berkomunikasi melalui interface tersebut. Dalam sesetengah kes, kita boleh aktifkan interface dengan arahan seperti:
sudo ip link set eth0 up
Nama interface bergantung kepada sistem masing-masing. Jangan terus copy eth0 kalau server anda menggunakan nama seperti ens33 atau enp0s3.
3. Uji Connection
Arahan ping digunakan untuk menguji basic connectivity.
Contoh:
ping 8.8.8.8
Jika ping ke 8.8.8.8 berjaya, maksudnya server boleh reach internet dari segi IP connectivity.
Kita juga boleh ping domain:
ping google.com
Kalau ping ke 8.8.8.8 berjaya tetapi ping ke google.com gagal, kemungkinan besar masalah adalah pada DNS, bukan connection internet.
Ini cara mudah untuk bezakan masalah network dan masalah DNS.
4. Semak Route Dengan
Untuk semak routing table, gunakan:
ip route
Output arahan ini biasanya menunjukkan default gateway.
Contoh:
default via 192.168.1.1 dev eth0
Default gateway penting kerana ia menentukan ke mana traffic dihantar apabila destinasi berada di luar local network.
Kalau default route tiada, server mungkin boleh ping device dalam subnet yang sama, tetapi tidak boleh access internet atau network lain.
Dalam troubleshooting, ini antara perkara pertama yang patut disemak.
5. Troubleshoot DNS
DNS digunakan untuk translate domain name kepada IP address.
Contoh arahan:
dig google.com
Arahan ini membantu kita lihat sama ada domain berjaya di-resolve kepada IP address.
Jika dig gagal, semak DNS resolver server. Biasanya configuration DNS boleh dilihat dalam fail seperti:
/etc/resolv.conf
Dalam production environment, DNS issue boleh menyebabkan application gagal connect walaupun network sebenarnya berfungsi. Contohnya application cuba connect ke db.company.local, tetapi nama itu tidak boleh resolve.
6. Semak Port Listening
Untuk lihat port yang sedang listening pada server, gunakan:
ss -tulnp
Arahan ini sangat berguna untuk semak service seperti SSH, HTTP, HTTPS, database, atau application port.
Contohnya, kalau web server sepatutnya berjalan pada port 80 atau 443, kita boleh semak sama ada port tersebut sedang listen.
Jika service running tetapi port tidak listen, mungkin configuration service salah. Jika port listen tetapi tidak boleh dicapai dari luar, mungkin masalahnya pada firewall, security group, routing, atau network ACL.
7. Semak Web Response
Arahan curl digunakan untuk test connection ke HTTP atau HTTPS service.
Contoh:
curl -I https://example.com
Option -I akan paparkan HTTP header sahaja. Ini berguna untuk semak sama ada web server memberi response seperti 200 OK, 301 Moved Permanently, 403 Forbidden, atau 500 Internal Server Error.
Dalam kerja troubleshooting web server, curl sangat berguna kerana kita boleh test dari dalam server itu sendiri atau dari server lain.
Kegunaan Dalam Dunia Sebenar
Arahan networking Linux digunakan hampir setiap hari oleh sysadmin, network engineer, DevOps engineer, dan support engineer.
Contohnya dalam office network, arahan ini digunakan untuk semak kenapa server tidak boleh access internet. Dalam data center, ia digunakan untuk troubleshoot routing antara VLAN atau subnet. Dalam cloud environment, ia digunakan untuk semak connectivity antara virtual machine, load balancer, database, dan firewall rule.
Dalam incident sebenar, kita biasanya troubleshoot secara berperingkat:
Pertama, semak IP address. Kemudian semak interface. Selepas itu semak route dan gateway. Seterusnya test ping, DNS, dan port. Dengan cara ini, kita tidak meneka secara rawak.
Kesilapan Biasa Yang Perlu Dielakkan
Kesilapan biasa kebanyakan orang ialah terus restart server apabila network problem berlaku.
Restart kadang-kadang boleh menyelesaikan simptom, tetapi ia tidak semestinya menyelesaikan punca masalah. Lebih baik semak dahulu:
Adakah IP address betul?
Adakah interface UP?
Adakah default gateway wujud?
Adakah DNS boleh resolve?
Adakah port service sedang listen?
Adakah firewall block connection?
Dengan semakan ini, kita boleh tahu masalah sebenar dengan lebih jelas.
Arahan networking dalam Linux bukan sekadar arahan terminal. Ia adalah tool asas untuk memahami keadaan network pada server.
Jika anda baru belajar IT infrastructure, biasakan diri dengan arahan seperti ip addr, ip route, ping, dig, ss, dan curl. Arahan ini nampak ringkas, tetapi sangat berguna dalam troubleshooting sebenar.
🔥PENDAFTARAN DEVOPS BOOTCAMP 2026 COHORT 2 DIBUKA!
Alhamdulillah, cohort pertama DevOps Bootcamp sedang berlangsung dan sambutan yang diterima sangat menggalakkan.
Sepanjang cohort pertama ini, saya menerima banyak pertanyaan daripada mereka yang berminat untuk sertai bootcamp, tetapi tidak sempat masuk sebelum ini.
Jadi saya buka peluang untuk pendaftaran DevOps Bootcamp Cohort Kedua untuk bantu lebih ramai orang untuk belajar berkenaan DevOps!
Daftar segera di : https://www.infratify.com/devops-bootcamp
Jumpa dalam kelas nanti!
Syafi




