🚀 UPGRADE ILMU DAN KEMAHIRAN IT INFRA DENGAN HOMELAB!
Banyak benda boleh belajar dengan Homelab! Serius!
Masa saya mula-mula bekerja dalam bidang IT infra ni, antara cabaran yang saya hadapi adalah tak ada kemudahan nak belajar. Dapat tugasan untuk terus configure server untuk production tapi tak ada tempat untuk test dulu. Tambahan, banyak benda nak kena cathup dengan laju, kalau tak, akan banyak kerja tergendala.
Dalam masa yang sama, saya rasa banyak sangat benda yang berkaitan dengan IT Infra ni saya tak tahu dan nak kena explore sendiri. Sampailah satu masa saya terjumpa istilah "Homelab" ni bila mula berkawan dengan geng-geng otai dalam IT. Saya mula buat carian, baca artikel, tengok video yang explain pasal Homelab ni, dan akhirnya setup sendiri.
Alhamdulillah sampai harini, homelab sangat membantu upgrade ilmu dan kemahairan IT saya. Dari IT Support, sampailah ke DevOps Engineer, Homelab sangat membantu saya untuk dapatkan pekerjaan yang lebih baik. Sampaikan ada satu interview tu, saya hanya ditanyakan soalan berkenaan apa yang saya buat dengan homelab saya sahaja. Alhamdulillah, dapat!
Homelab ni sebenarnya bukan sekadar hobi. Ia adalah ruang eksperimen untuk individu yang berkecimpung dalam bidang IT seperti IT Engineer, SysAdmin, Network Engineer, Cloud Engineer, DevOps Engineer atau sesiapa saja yang nak belajar secara hands-on tentang IT Infra – tanpa perlu risau sebarang masalah pada sistem production.
Pernah tak anda hadapi masalah macam ni?
💢 Nak belajar sesuatu topik dalam IT Infra tapi tak ada tempat nak buat "main".
💢 Dapat tugasan untuk setup server, tapi tak ada tempat nak test atau simulate dulu.
💢 Risau timbul masalah kalau buat apa-apa perubahan terus dekat production server.
💢 Rasa lost, tak tahu macam mana nak mula belajar dan mahirkan diri dalam IT Infra.
💢 Tertanya-tanya, macam mana orang lain cepat belajar dalam bidang IT Infra ni.
KALAU YA, ANDA WAJIB SERTAI KELAS HOMELAB 101!
📚 Apa yang anda akan belajar dalam kelas ini?
✅ Apa itu homelab dan kenapa ia sangat berguna dalam bidang IT
✅ Peralatan dan perisian asas untuk mula homelab (tak perlu beli server!)
✅ Cara setup homelab menggunakan laptop lama atau PC biasa.
✅ Asas rangkaian dan pengurusan IP dalam homelab.
✅ Projek-projek simple untuk mula: host fail server, deploy Docker apps, setup DNS.
✅ Sumber dan komuniti untuk bantu anda kembangkan homelab ke tahap pro!
🚫 Kelas ini TIDAK sesuai jika anda..
❌ Dah ada homelab dan tahu cara nak setup sendiri.
❌ Dah mahir dalam bidang IT infra dan boleh catchup sendiri.
❌ Tak berminat nak explore dan upgrade skill dalam IT Infra.
❌ Cari kelas advanced macam setup datacenter.
❌ Tidak bersedia untuk belajar dari asas.
🔥 ANDA WAJIB SERTAI KELAS INI JIKA ANDA..
✅ Tak tahu apa itu Homelab dan semangat nak explore benda baru.
✅ Pernah dengar pasal homelab tapi tak tahu macam mana nak mula.
✅ Ada PC terpakai dan sedang mencari cara nak manfaatkan untuk belajar sesuatu.
✅ Sanggup "invest" untuk tambah ilmu dan kemahiran dalam IT infra.
✅ Pelajar, pensyarah dan IT Professional yang nak tambah ilmu dan kemahiran dalam infrastruktur IT
🔥 JOM SERTAI KELAS HOMELAB 101!
📅 Tarikh: 20 Jun 2025 - Jumaat
⏰ Masa: 9.00 PM – 11.30 PM
📍 Platform: Online – Microsoft Teams
🎓 Rakaman & sijil penyertaan disediakan!
👉 Tempat TERHAD untuk 40 peserta sahaja! Daftar sekarang sebelum penuh!